Untuk makluman, AyuhSolat menggunakan Jadual Waktu Solat yang dibekalkan oleh Majlis Agama Islam Tempatan yang sah. Namun, sekiranya Majlis Agama Islam Tempatan membuat kemaskini dan ada perubahan dalam Jadual Waktu Solat berbanding yang telah diterima sebelum ini. Pihak Masjid boleh mengemaskini Jadual Waktu Solat tersebut secara manual.
Untuk mengemaskini atau membuat pembetulan Waktu Solat:
1- Klik Pembetulan Waktu Solat.
2- Klik pada senarai Tarikh yang ingin dikemaskini.
3- Pilih Waktu Solat yang ingin dikemaskini.
4- Kemaskini maklumat waktu solat.
5- Klik 'Save' untuk simpan.



