Fungsi
Info Umum
- Nama masjid/surau atau lokasi anda boleh di kemaskini.
- Paparan jam.
- Paparan Tarikh Masihi dan Hijrah boleh kemaskini melalui ruangan admin.
Tarikh Hijrah
- Boleh di sync dengan Server atau dikemaskini melalui ruangan admin.
- Tarikh Hijrah akan bertukar semasa masuk waktu maghrib.
Text Bergerak / Running Text
- Text bergerak boleh ditambah, edit atau padam melalui ruangan admin.
- Tiada limit untuk text bergerak.
- Warna text bergerak boleh diubah melalui ruangan setting.
- Kelajuan text boleh di laraskan.
Slide Bergambar
- Berguna untuk paparan info, jadual kuliah dan sebagainya.
- Boleh di masukkan melalui ruangan setting.
- Tiada limit jumlah gambar yang ditetapkan.
- Kelajuan slide boleh dilaraskan melalui ruangan setting.
Countdown Tarikh Penting
- Tarikh-tarikh penting boleh dimasukkan melalui ruangan setting.
- Tiada had maksimum untuk paparan tarikh tarikh penting.
- Pengguna boleh tambah, buang atau kemaskini senarai tarikh.
- Kelajuan paparan tarikh penting juga boleh dilaraskan.
Data Jadual Waktu Solat
- Jadual waktu solat akan dimuatturun berdasarkan lokasi pilihan anda.
- Sumber data adalah dari Laman Web, E-Solat JAKIM, Laman web Majlis Ugama Islam Singapore, Laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam dan juga melalui pengiraan.
- Sekiranya waktu solat terdapat kesalahan, pengguna boleh mengemaskini secara manual melalui ruangan setting.
Countdown Azan
- Countdown azan akan dipaparkan 4-5 minit sebelum masuk waktu solat.
- Ini untuk kemudahan muazzin bersedia untuk melaungkan azan.
Countdown Iqamat
- Paparan iqamat bermula selepas azan sehingga sebelum solat.
- Tempoh masa boleh di setting mengikut kesesuaian.
Countdown Tempoh Solat
- Paparan skin di bahagian tengah akan memaparkan jam countdown.
- Tempoh masa boleh di ubah di bahagian setting.
Coundown Khutbah dan Solat Jumaat
- Coundown pada waktu jumaat disekalikan untuk khutbah dan juga Solat Jumaat.
- Tempoh masa boleh di kemaskini melalui setting.
Pilihan Antaramuka, Warna
- Pengguna boleh membuat pilihan antaramuka yang ingin digunakan.
- Antaramuka baru akan ditambah dari masa ke semasa.
- Warna Text bergerak, latar belakang, highlight waktu solat semasa boleh diubah.
Paparan Video
- Pengguna boleh memuatnaik video.
- Tiada had maximum video yang boleh dimuatnaik.