Tutorial Langanan (Android Box)

Salah satu cara pembayaran adalah dengan menggunakan Touch n Go tetapi sekiranya anda menggunakan kaedah pembayaran lain, ianya adalah hampir sama. Jadi anda masih boleh mengikuti tutorial ini.

Pastikan butang langganan memaparkan harga bagi tempoh langganan seperti di sebelah. Ini menunjukkan google play boleh dihubungkan dengan aplikasi ini.

Sekiranya ianya hanya memaparkan “LANGANAN UNTUK X BULAN“, samada anda tidak terhubung dengan internet atau anda perlu mengemaskini google play anda terlebih dahulu.

Hubungkan google play anda dengan Touch n Go atau ShopeePay. dengan menggunakan phone anda. (pastikan emel HP anda sama dengan Email yang digunakan pada Android TV) boleh rujuk video ini sebagai panduan. https://www.youtube.com/watch?v=wWVUxi_4paA .

Setelah anda menghubungkan Touch n Go dengan Google Play anda, masuk ke dalam aplikasi Waktu Solat TV dan masuk ke menu UNLOCK / BUKA.

Disini ada beberapa pilihan langganan , anda pilih langganan 3,6 atau 12 bulan dan klik pada langganan pilihan anda. Pastikan harga dipaparkan pada butang langganan.

Satu popup pembayaran akan keluar, setelah anda membaca maklumat langganan, tekan butang BUY, dan ikuti langkah seterusnya seperti memasukkan password email, tac dan sebagainya.

Setelah itu, google akan memproses pembayaran tersebut. anda hanya perlu menunggu sehingga selesai.

Setelah selesai, status Langganan / Subscription : YA /SUBSCRIBED . Sekiranya ianya tidak bertukar, anda tekan butang back, dan kembali semula ke laman UNLOCK / BUKA .

Pada laman hadapan, nama solat ZOHOR, ASAR, MAGHRIB dan ISYAK akan dipaparkan selama tempoh langganan.

Untuk memeriksa status langganan anda samada aktif atau tidak, anda boleh pergi ke google play, Klik icon nama anda pada hujung belah kiri dan pilih menu Payment and Subscription.

Setelah semua selesai, anda digalakkan untuk memadam payment method yang anda gunakan untuk mengelak sebarang salah guna.

Buka aplikasi Google Play.

Di sudut kanan atas, ketuk ikon profil.

Ketuk Pembayaran & langganan.

Metode pembayaran Lebih banyak pengaturan pembayaran.

Jika diminta, masuk ke Google Pay.

Di bawah metode pembayaran yang ingin Anda hapus, ketuk Edit.

Lakukan perubahan yang diinginkan.

Ketuk Perbarui.