Salah satu cara pembayaran adalah dengan menggunakan Touch n Go tetapi sekiranya anda menggunakan kaedah pembayaran lain, ianya adalah hampir sama. Jadi anda masih boleh mengikuti tutorial ini.
Hubungkan google play anda dengan Touch n Go atau ShopeePay. dengan menggunakan phone anda. (pastikan emel HP anda sama dengan Email yang digunakan pada Android TV) boleh rujuk video ini sebagai panduan. https://www.youtube.com/watch?v=wWVUxi_4paA .
Setelah anda menghubungkan Touch n Go dengan Google Play anda, masuk ke dalam aplikasi Waktu Solat TV dan masuk ke menu UNLOCK.
Disini ada beberapa pilihan langganan , anda pilih langganan 3,6 atau 12 bulan dan klik pada langganan pilihan anda.
Anda akan dibawa ke laman seperti ini. Anda klik pada payment method dan anda akan dibawa laman seperti di bawah.
Kita akan selesaikan pembayaran melalui phone (email mesti sama dengan tv). Klik More Payment Options , Continue on another device. Anda akan dibawa ke Laman C seperti dibawah.
Biarkan laman ini terbuka, pada masa yang sama, anda masuk ke google play di PHONE anda.
Pada phone anda, anda akan menerima satu notifikasi dari google play.
Klik pada icon loceng pada penjuru kanan google play pada HP anda.
Pastikan emel yang digunakan adalah sama antara TV dan phone anda.
Paparan seperti ini akan muncul, tekan continue.
Anda akan dibawa ke laman google play Waktu Solat TV.
Setelah anda menentukan kaedah pembayaran, pada contoh ini ialah Touch n Go, anda klik pada butang Buy.
Anda perlu memasukkan password email anda untuk teruskan pembayaran.
Google akan memproses pembelian anda. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan pembelian sukses, Paparan TV anda akan kembali ke Laman UNLOCK dan status Langganan anda akan bertukar kepada YA/SUBSCRIBED.
Paparan nama waktu solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak akan dipaparkan, selama tempoh langganan.