Anda perlu download dan instal 2 aplikasi tambahan untuk upload dan memilih gambar/video dari dalam aplikasi.
1. Send Files to TV (Install pada phone dan android TV). Link
- TV File Commander. Link
Pastikan gambar atau video yang ingin dimasukkan ke dalam tv ada di dalam phone anda.
Buka aplikasi Send Files To TV pada kedua dua aplikasi.
Pada aplikasi Send Files To TV di TV anda, sila tekan setting untuk mengetahui dimanakah lokasi file gambar dan video yang akan dimasukkan pada TV anda.
Setelah itu, anda kembali ke muka depan dan pilih RECEIVE. Klik. Paparan akan menjadi seperti di sebelah. Sila biarkan skrin terbuka seperti ini.
Phone
Pada phone anda, buka aplikasi Send Files To TV, Klik SEND. Folder akan terbuka dan anda boleh pilih gambar dan video yang anda ingin masukkan ke dalam TV.
Kemudian tekan send.
Android TV
Pada skrin di android TV, anda akan dapat melihat progress gambar dan video yang anda sedang upload. Apabila semua files telah selesai di upload, anda boleh buka aplikasi Waktu Solat TV dan pergi ke menu Banner/Video.
Tekan Button Upload Satu Per Satu, Di sini ada pilihan untuk menggunakan aplikasi apa untuk pilih gambar. Sila pilih TV File Commander. Anda pilih gambar/video yang anda ingin paparkan. dan tekan OK.
Gambar telah masuk ke dalam list. Ulang lagi untuk gambar atau video lain. Kemudia anda boleh ke Laman utama untuk melihat gambar/video yang anda telah masukkan.