Sebelum ini, tuan-tuan perlu masukkan sendiri tarikh-tarikh penting utama melalui aplikasi. Proses ini mungkin mengambil masa dan memerlukan perhatian yang lebih. Kini, tuan-tuan tidak lagi perlu risau tentang perkara ini.
Bermula versi aplikasi 92.0 (Android TV) dan 94.0(Anroid Box/Phone/Table) Saya telah menambah satu fungsi yang memudahkan tuan-tuan untuk memilih beberapa tarikh penting secara terus dari menu Banner. Tuan-tuan boleh memilih tarikh-tarikh penting yang diperlukan dengan mudah dan pantas, tanpa perlu memasukkan secara manual seperti sebelum ini.
Dengan adanya kemudahan ini, tuan-tuan dapat mengemas kini tarikh-tarikh penting dengan lebih efisien untuk dipaparkan kepada jemaah masjid atau surau. Ini pastinya memudahkan pengurusan dan memastikan maklumat yang dikongsi sentiasa terkini.