Slide Gambar ada tarikh mula, tarikh akhir dan susun gambar mana dulu.

Sebelum ini, gambar-gambar dalam slide tidak mempunyai tarikh mula dan tarikh akhir. Apa sahaja yang tuan-tuan masukkan ke dalam sistem, itulah yang akan dipaparkan tanpa had masa. Ini mungkin menyukarkan apabila tuan-tuan ingin mengawal paparan gambar mengikut waktu yang tertentu.

Dalam kemaskini terbaru, saya telah membangunkan satu fungsi baru yang membolehkan paparan gambar bermula pada tarikh mula yang telah ditetapkan dan tamat pada tarikh akhir yang dipilih. Jika tuan-tuan tidak mahu menetapkan tarikh akhir, ada checkbox yang boleh ditandakan untuk memaklumkan kepada aplikasi supaya gambar tersebut akan terus dipaparkan tanpa had masa.

Selain itu, kedudukan gambar dalam slide juga kini boleh diubah dengan lebih mudah. Sebelum ini, kedudukan gambar dalam slide disusun mengikut urutan abjad (alphabetical order). Kini, tuan-tuan boleh menyusun semula gambar mengikut keutamaan yang dikehendaki dengan lebih fleksibel.

Diharapkan dengan penambahbaikan ini, aplikasi akan lebih memudahkan pengguna serta memberi manfaat kepada semua jemaah dalam mendapatkan maklumat yang lebih tersusun dan tepat pada masanya.